SUZIL CAKE HOUSESebagai pengenalan, Suzil cake house diuruskan oleh syarikat Sue Cookies & Sovoury yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 19 Mei 2009. Bermula dengan hanya peralatan yang minima dan kedai kecil, kini Sue Cookies & Savoury menyewa sebuah kedai besar yang terletak di No. 6, Jalan Kedondong 1, Taman Suria, 86000 Kluang, Johor. Memulakan operasi pada 15 Oktober 2012. Puan Suzilawati Binti Amran adalah tulang belakang dan pengasas kepada perniagaan ini.
Pada awalnya tidak bercadang untuk menyewa kedai yang lebih besar, tetapi melihat kepada penerimaan pelanggan yang semakin bertambah dan matang, Puan Suzilawati akhirnya menyewa kedai baru yang lebih baik lokasinya dan lebih besar dan menanam wawasan untuk membina satu rangkaian bakeri melayu yang hebat di Malaysia. Sue Cookies & Savoury adalah syarikat yang menguruskan bakeri Suzil cake house dan menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 10 cawangan di seluruh Johor menjelang 2020. |
|